Fakta Bisaya
Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah ke Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah.
Ketua Kaum Bisaya
Lebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi.Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi.
Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 Masihi.
Adat dan kebudayaan
Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:- Tarian Liliput Bisaya
- Tarian Jipin (Zapin) Bisaya
- Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)
- Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)
- Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun)
- Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik
- Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo
- Tarik tali
- Bermain gasing
- Bermain layang-layang
- Ugang Bamboo
- Badaup terutama semasa menuai padi
- Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau
- Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah
‘Ya Bamban Ya Lukah,
Ya Bamban Eh Basari, Main Kita Si Ipar Muda, SiLukah Pandai Menari’ |
- Berambit/Bahambit
- menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar
- Lastik/Melastik
- Panah/Memanah
- Andiban/Alat membujak binatang liar
- Perubatan tradisional Bisaya
- Pakaian Tradisional Bisaya
- Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll
Sejarah bangsa Bisaya
Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama
Tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah
Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil, kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo (Sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British akan tetapi, pihak British memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo (Sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah) telah ditolak disebabkan Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin Sultan OKK Setia Pahlawan Awang Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak Betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawai-pegawai British pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan
Casino game gear - DrMCD
ReplyDeleteThe casino 목포 출장안마 floor is littered with games including slot machines, 김천 출장샵 video poker, roulette, 인천광역 출장샵 blackjack and video 청주 출장안마 poker. 전라북도 출장안마 The casino floor includes slots, table games, video